Lorong

 

Dilorong ini aku menghambur segala mengetuk halaman jiwa
Duduk sendirian mencerita apa yang terbuku
Lorong ini seolah setia dan sedia menerima kehadiran aku
Seperti kita udah sebati mengenal sama lain


Pada kisah suka dan duka telah aku lontarkan
Biarpun tiada suara membalas apa yang disampaikan
Lega itu yang pasti diperolehi
Seolah lorong ini membenam kisah-kisah aku
Memujuk naluri kecil yang menari di jiwa
Disatu saat, aku tidak pasti bila akan noktah
Cerita yang ada pada kocek hati
Akan dibicara pada mu lorong…
Lorong kusam, membalut episod cerita aku
Dan tiada siapa tahu apa yang terlontar disini..
Dimana tempat aku berdebat rasa
Nukilan :-
Anum Mirza Hafzsha
14 September 2017 / Khamis / 1337 HRS
Tangga SHSU Selangor
Malaysia 🇲🇾

Please follow and like us:

Add a Comment

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *