LELAKI

Kau Adam dijadikan raja kepada Hawa
Mengagungkan perihal terindah sebuah kehidupan
Memartabatkan cinta dalam ikatan
Mengarhayukan lantera rindu kesuma
Mendayung asmara di ikat senyuman
Sebal disetiap pelosok
Lelaki
Tangan yang membelai mulus, terpempam seketika
Tanpa sengaja urat kecil berlindung jiwa bergetar berirama
Itukah tanda cinta zahir pada batinmu untuk pari jelita
Mengoyah rasa iman tanpa sengaja
Lelaki…
Ingin kusampaikan sakit yang tehiba
Luka diguris telah pun sembuh
Parut bisa menghentak jiwa terdalam
Adakah itu kau ketahui..?
Semartabat mana pun kau lelaki
Nurani hawa terobek jua
Memendam segala di sudut amat dalam
Lelaki…
Cinta yang kau lahir
Berkembang jua..
Lembayung aku, si rusuk kirimu
Ingat si bunga, di belakang pemuja semangatmu
Perih dan jerih, senang dan tenang
Lelaki payungkan diksi-diksi
Agar gah dirimu di mata si pengoncang buaian…

 

Nukilan :-
Anum Mirza Hafzsha
10 September 2017 / Ahad / 0046 HRS
SS13 / SELANGOR
MALAYSIA 🇲🇾

Please follow and like us:

Add a Comment

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *